Ambillah sedekah (zakat) dari sebahagian dari harta benda mereka untuk membersih (batin dari sifat kikir) dan mensucikan mereka (dari perasaan sombong) dan doalah untuk mereka sesungguhnya doa hari itu memberikan ketenteraman untuk mereka dan Allah Maha Mendengar Lagi Mengetahui. ( Surah At Taubah 9:103)

Kenapa perlu tunaikan zakat? 
Harta adalah milik mutlak Allah dan bukan kepada individu.
Harta adalah amanah dari Allah, maka kita bertanggungjawab di atas nya.
Allah mewajibkan kita membayar zakat dengan hanya 2.5% dari harta tersebut.
Ia adalah hak orang yang telah di tentukan oleh Allah

Jenis-jenis zakat: 
            - Zakat emas dan perak
            - Zakat Wang Simpanan
            - Zakat Pendapatan
            - Zakat Perniagaan
            - Zakat Saham
            - Zakat KWSP
            - Zakat Padi
            - Zakat Ternakan
            - Zakat  Ma’adin / Kunuz dan Rikaz

Sudahkah anda menunaikan kewajiban berzakat?

Tip:

3 garis panduan zakat pendapatan:
            1) 2.5% atas jumlah pendapatan kasar
            2) Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang di benarkan
            3) Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

Klik disini untuk menggunakan Kalkulator Zakat