Islam menuntut kita mencari dan mengumpulkan harta seperti firman Allah SWT :

Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung . ( Al_Jumaah 62:10)                                  
Dalam usaha mencari dan mengumpulkan harta perlulah ianya dilakukan dalam kontek ibadah kepada Allah SWT dan bebas dari sumber yang haram seperti riba. Allah SWT berfrman:

Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan kerana gila., yang demikian itu kerana mereka berkata jual beli itu sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. ( Al-Baqarah 2:275)

Wahai orang-orang yang beriman. Bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa-sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang beriman. Jika kamu tidak melaksanakannya, maka umumkan perang dari Allah dan Rasul. Tapi jika kamu bertobat, maka kamu berhak atas pokok hartamu. Kamu tidak berbuat zalim (merugikan) tidak dizalimi (dirugikan). ( Al-Baqarah 2:278-279)

Tip:

Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memeras anggur. ( Surah Yusuf 47 – 49)

Berapakah jumlah tabungan yang perlu disediakan, sekiranya kita hidup 20 tahun selepas umur persaraan. Contoh, dengan andaian saraan bulanan sebanyak RM3,000.00, maka jumlah perbelanjaan akan mencecah RM720,000.00. Apakah kita mempunyai tabungan sebanyak itu kita bersara nanti? Berapakah nisbah kemewahan anda sekarang?