Kematian itu satu kepastian. Kebanyakkan orang menyangkakan hartanya akan diagih secara terus kepada yang tersayang apabila mereka tiada lagi. Malangnya itu tidak benar. Proses pentadbiran harta pusaka perlulah mengikut langkah-langkah berikut : 

            - Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian;
            - Menyelesaikan hutang-hutang (dunia dan akhirat);
            - Melaksanakan wasiat;
            - Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian;
            - Membahagikan harta yang tinggal mengikut Sistem Faraid.

Siapakah yang akan menguruskan bagi pihak anda? Adalah lebih efektif dan efisien perancangan harta dan warisan dilakukan semasa anda masih hidup dan melantik pentadbir harta pusaka sekarang! Persoalannya siapa yang harus anda lantik sebagai pentadbir pusaka? Sudahkah anda menulis wasiat? Apakah instrumen lain yang boleh digunakan bagi merancang harta anda sekarang?. 

Tip:

Nasihat Nabi kepada Saad bin Abi Waqas :

Adalah lebih baik kamu meninggalkan waris kamu kaya daripada meninggalkan mereka miskin meminta-minta
(Riwayat Bukhari)

Jangan sampai harta anda tinggalkan tidak dapat dimanfaatkan oleh warisSekiranya suami meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, ibu, ayah, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Berapakah bahagian masing-masing mengikut hukum faraid?

Isteri : 1/8  (9/72)
Ibu : 1/6  (12/72)
Ayah : 1/6  (12/72)
Anak Lelaki : 26/72
Anak Perempuan : 13/72

Klik disini untuj menggunakan Kalkulator Faraid