Siapa Kami
Bermula dengan HIJRAH Strategic Advisory Group Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2000 kini syarikat baru ditubuhkan pada 2007- HIJRAH Wealth Management Sdn Bhd ( HIJRAH ) tampil meneruskan misi menyampaikan khidmat nasihat perancangan kewangan islam kepada semua. Bertujuan memenuhi permintaan terhadap minat dan kesedaran dikalangan umat Islam tentang kesyumulan hidup secara Islam dalam aspek bermuamalah serta melanggani instrumen-instrumen kewangan Islam.
Teras utama adalah memberi perkhidmatan perundingan secara holistik dalam bidang perancangan kewangan Islam. Insyaallah 300 perancang perancang kewangan Islam akan dilatih dan digarap dalam bidang ini dalam tempoh 5 tahun dengan kerjasama beberapa institusi serta agensi agensi yang berminat didahului dengan MARA dan PUNB.
HIJRAH adalah pelopor dalam Perancangan Kewangan Islam yang menghasilkan Program “Sijil Perancangan Kewangan Islam” (Islamic Financial Planning Certificate – IFPC ) yang telah diiktiraf oleh Financial Planning Association of Malaysia (FPAM). IFPC adalah Modul Perancangan Kewangan Islam yang pertama bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.
HIJRAH telah mendapat tempat dalam media masa elektronik dan cetak tempatan melalui ruangan mingguan di radio KLfm serta bulanan di radio IKIM.fm dan temuduga dalam TV3 , RTM serta ASTRO dan majallah wanita ANIS serta di akhbar Berita Harian dan Harian Metro.
Di peringkat antarabangsa, HIJRAH juga diundang ke forum diperingkat Asia seperti 4th Asian Retirement and Pension Planning convention anjuran Asian Insurance Review dan Islamic Banking Forum di Singapore anjuran Asian Business Forum dan Marcus Evans.
Latar Belakang
- HIJRAH ditubuhkan pada tahun 2000
- Milik penuh bumiputra
- Modal berbayar sebanyak RM250,000.00
- Peneraju dalam industri Perancangan Kewangan Islam di Malaysia dan di dunia
- Pengasas Sijil Perancangan Kewangan Islam (Islamic Financial Planning Certificate–IFPC)
Ahli Lembaga Pengarah
Puan Hajah Rohani Bt Datuk Mohd Shahir
Pengerusi Eksekutif / Principal Consultant
Akauntan bertauliah dan berkelulusan Bsc Economics dari Sydney Universiti, Australia
Pengalaman lebih 25 tahun;
- Sabah Bank
- Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan, American Express
- Pengarah Urusan Syarikat Pengurus Dana Islam
- Pengerusi Eksekutif Hijrah Unit Trust Management Berhad, Syarikat Pengurusan Dana Islam
- Pengerusi Eksekutif Hijrah Strategic Advisory Group Sdn Bhd
Peringkat Antarabangsa:
- Pembentang kertas kerja forum perbankan dan kewangan di peringkat antarabangsa Bahrain, Singapura, Brunei dan London
Keahlian Professional:
- Institut Pengurusan Malaysia (MIM)
- Associate Member of Australian Society of CPA’s
- Associate Member of Malaysian Institute of Accountants
Media Pesonaliti:
- Bijak Wang TV3, TV1, IKIM, KLFM, Radio 24, Astro Awani
- Penulis tetap Majalah Anis, An-Nur, Muslimah, The Apprentice
Penglibatan Sosial : Hasil Peribadi :
- AJK, Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM)
- Bendahari Kehormat Persatuan Perwarisan Harta Malaysia (PEWARIS)
- Bendahari Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Mantan Pemegang Amanah Tabung Kemanusian Nusantara
Perunding:
- MARA, MECD, LZS
Hasil Peribadi:
- Perintis Sijil Perancangan Kewangan Islam
- Buku Cukup Wang Hati Tenang
- Buku Kemana Wang Anda
____________________________________________________________
Tuan Hj Mahdzir Md Isa
Ketua Pegawai Eksekutif / Managing Consultant
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, UiTM; Dip. Pengurusan Sumber Manusia, UMCced dan Islamic Financial Planner (IFP-Financial Planning Association of Malaysia)
Pengalaman melebihi 20 tahun :
- Jurutera Pembinaan Tenaga Nasional
- Pengurus Ibsul Holding Sdn Bhd
- Ketua Cawangan Retikulasi Gas, IKM, Majlis Amanah Raya
- Ketua Jabatan Sumber Manusia, Gas Malaysia Sdn Bhd
- Ketua Pegawai Eksekutif, Servco Resources Sdn Bhd
- Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Strategic Advisory Group Sdn Bhd
Latihan & Pembangunan:
- Certified Trainer – Interaction Management
Keahlian Professional:
- Associate Member of Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)
- Institut Pengurusan Malaysia (MIM)
Media pesonaliti:
- Bijak Wang TV3, TV1, IKIM
- Penulis ruangan Jejak RM Majalah Solusi
Penglibatan Sosial :
- AJK Persatuan Perwarisan Harta Malaysia (PEWARIS)
- Ahli Seumur hidup MERCY
- Mantan Pemegang Amanah Tabung Kamanusian Nusantara
Perunding:
- MARA, MECD, LZS
Industri Perancangan Kewangan :
- Pengurus Agensi Takaful Ikhlas Sdn Bhd
- Pengurus Agensi Kumpulan Public Mutual Berhad
- Pengurus Agensi As-Solihin Trustee Berhad











