Perkhidmatan
1.0 – KHIDMAT RUNDINGAN PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI
Hijrah Wealth Management Sdn Bhd menawarkan khidmat rundingan pengurusan kewangan Islam secara holistik dan komprehensif bagi memenuhi keperluan dan objektif kewangan pelanggan. Objektif umum pegurusan kewangan Islam adalah:
Pencapaian matlamat Hayaatan Tayyibah (Kehidupan yang baik)
Bebas dari cengkaman hutang
Kebebasan kewangan (financial freedom)
Pengurusan kewangan setiap individu adalah berbeza dan ianya bergantung kepada keutamaan (fiqh aulawiyat) mengikut keperluan jangkamasa pendek, sederhana dan panjang. Antara sasaran perancangan kewangan adalah penyediaan tabungan pendidikan anak-anak yang mencukupi dan tabungan persaraan bagi menampung kos perbelanjaan selepas bersara.
Lima Aspek Utama Perancangan Kewangan Islam ialah :
- Perancangan Perlindungan
- Perancangan Perlaburan
- Perancangan Harta dan Warisan
- Perancangan Zakat
- Perancangan Sedekah
2.0 – PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Hijrah Wealth Management Sdn Bhd mengendalikan program pembangunan usahawan dalam bidang pengurusan harta Islam. Kursus ini dijalankan dengan usahasama Bahagian Pembangunan Usahawan Mara (BPU). Kursus ini mengambil masa selama 20 hari (kuliah) merangkumi 8 modul utama. Peserta yang mengikuti kursus ini akan diberi elaun sara hidup sebanyak RM500.00 selama 6 bulan. Program khas ini bertujuan melahirkan seramai mungkin usahawan yang berkelayakan menawarkan perkhidmatan pengurusan harta Islam yang holistik dan komprehensif.
3.0 – KURSUS DAN LATIHAN
Hijrah Wealth Management Sdn.Bhd juga menawarkan kursus dan latihan dalam bidang pengurusan kewangan Islam
i. Perunding Kewangan Syariah (PKS)
Hijrah dengan kerjasama Persatuan Perwarisan Harta Malaysia (PEWARIS) sedang merangka satu program bertaraf professional iaitu Perunding Kewangan Syariah (PKS). Modul 1 bertajuk Pengenalan Perancangan Kewangan Syariah akan dijalankan pada akhir bulan Februari 2009. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengarah Latihan PEWARIS En. Mohd Amir Sharil Bahari Md Nor di talian 012-2598214
ii.Seminar Pengurusan Kewangan Islam
Perancangan Kewangan yang teratur dapat merangka aliran wang tunai yang sihat untuk individu serta keluarga mencapai matlamat kewangan dalam kehidupan mereka. Kaedah 7 P yang terdapat dalam modul perancangan kewangan Islam yang diolah oleh Hijrah yang dikenali sebagai ”Kubah Kehidupan” mempermudahkan lagi proses proses tersebut :
- P 1 – Pendapatan dan Perbelanjaan
- P 2 – Pengurusan hutang
- P 3 – Penyucian harta
- P 4 – Perlindungan
- P 5 – Pelaburan
- P 6 – Persaraan
- P 7 – Pengagihan harta
Klik disini untuk melihat kandungan kursus yang kami tawarkan
Efektif untuk individu, jabatan-jabatan kerajaan serta badan korporat. Ianya boleh dalam bentuk taklimat, seminar dan bengkel.
Kenapa anda perlu merancang?
Kaki seseorang manusia tidak akan melangkah menemui Tuhannya pada Hari Kiamat sehingga ditanya lima perkara :
- Masa Hidupnya – bagaimana dia menggunakannya?
- Masa Muda dan sihatnya – bagaimana dia memanfaatkanya?
- Kekayaanya – bagaimana dia memperolehinya?
- Dan bagaimana dia menggunakanya?
- Dan adakah yang telah dia lakukan mengikut apa yang dia tahu? (Diriwayatkan oleh At-Tirmithi)









