Seminar Pengurusan Kewangan Islam

Kewangan dan kehidupan merupakan satu pasangan yang tidak dapat dipisahkan pada masa kini. Dalam menjalani aktiviti hidupan seharian, kewangan merupakan satu faktor yang penting dalam memastikan kehidupan sentiasa dalam keadaan selesa dan sempurna. Hakikatnya, apa yang lebih penting adalah bagaimana cara seseorang itu merancang kewangan mereka daripada berapa banyak jumlah pendapatan mereka.

Hijrah menawarkan ‘in-house’ seminar 1 hari kepada mana-mana organisasi yang berminat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kakitangan dalam pengurusan kewangan peribadi. Para pekerja yang tidak menguruskan kewangan mereka secara efektif akan mengalami stres dan ini akan mengganggu prestasi kerja mereka. Pengetahuan mengenai pengurusan kewangan adalah penting dalam membantu mereka menguruskan kewangan dengan sebaiknya.

Seminar pengurusan kewangan Islam akan menggunakan Kaedah 7 P:

P 1 – Pendapatan dan Perbelanjaan

P 2 – Pengurusan hutang

P3 – Penyucian harta

P 4 – Perlindungan

P 5 – Pelaburan

P 6 – Persaraan

P 7 – Pengagihan harta

Tentatif program adalah seperti berikut:

SLOT 1: Pengurusan kewangan dari perspektif Syariah

Ø Konsep

Ø Muhasabah mu’amalat

Ø Kubah kehidupan

SLOT 2: Tahap kesihatan kewangan

Ø Analisa Pendapatan & Perbelanjaan

Ø Indikator kesihatan kewangan

o Nisbah Kekayaan

o Nisbah Hutang

SLOT 3: Pendapatan & Perbelanjaan

ØTip

SLOT 4: Pelaburan & Persaraan

Ø Penetapan matlamat kewangan individu

Ø Perancangan Pelaburan

SLOT 5: Kehidupan Yang Tenang

Ø Pengurusan hutang

Ø Perancangan perlindungan

SLOT 6: Perancangan Harta & Pewarisan

Ø Konsep

Ø Kaedah dan instrumen perancangan

Ø Faraid

Sila hubungi Puan Murni di talian 03-42517745 untuk maklumat lanjut dari segi yuran dan tarikh atau isi borang pertanyaan ini)

Responses are currently closed, but you can trackback from your own site.

7 Responses to “Seminar Pengurusan Kewangan Islam”

  1. hisham ishak says:

    macamana nak dapatkan buku ” cukup wang hati tenang ” ?

    Puan Murni Reply:

    boleh didapati di kedai2 buku
    atau boleh juga dapatkan dari kami.
    sila berikan nama & alamat penuh serta nombor telefon

  2. zila says:

    macam mana nak sertai seminar dan taklimat?

    Puan Murni Reply:

    zila boleh hubungi pejabat 03-42517745/6
    utk taklimat percuma di pejabat pada sabtu ketiga setiap bulan.

  3. che ad says:

    “Sila hubungi Cik Mahfuza atau Puan Murni untuk maklumat lanjut dari segi yuran dan tarikh.”
    Apa no telnya?

  4. sarina says:

    boleh adakan seminar/talk tentang pengurusan kewangan dalam aspek sebagai seorang pelajar / remaja?
    boleh beri anggaran kadar yg akan dikenakan (sekolah menengah)

  5. norliza says:

    thanks 4 puan hajah rohani yang telah memberikan kerjasama dan tujuk ajar yang cukup bernas kepada penduduk sabah amnya berkaitan topik ini.tapik dan isu-isu semasa yang diutakan amat baik dan memberikan satu kesedaran yang mendalam pentingnya pendedahan terhadap kewangan. saya berharap syarikat kami dapat berkerja sama dengan pihak puan pada masa akan datang.