HIJRAH akan mengadakan taklimat pengurusan kewangan percuma pada setiap bulan seperti tarikh berikut:
Hari : Sabtu
Tarikh : 24 April 2010, 15 May 2010, 19 Jun 2010
Tempat : Pejabat Hijrah Ampang & Pejabat Hijrah Shah Alam
Masa : 10.00 pagi
Tempat adalah terhad. Sila hubungi 03-4251 7745/4251 7746 (Ampang) atau 03-5513 3772/5513 4772 (Shah Alam)untuk tempahan. Taklimat selama 2 jam ini akan menyentuh aspek asas pengurusan kewangan peribadi. Antara topik menarik adalah:
1. Analisa pendapatan dan perbelanjaan
2. Kesihatan kewangan
- Muhasabah instrumen kewangan
- Nisbah kemewahan dan nisbah hutang
- Aset dan laibiliti
3. Peta kewangan
4. Perancangan pelaburan dan persaraan
5. Perancangan perlindungan
6. Perancangan perwarisan
Bagi mereka yang pernah mendengar taklimat boleh memilih untuk sesi klinik kewangan dan mengadakan perbincangan dengan perunding kewangan secara peribadi pada tarikh dan masa yang sama.
Hijrah juga bersedia untuk memberi taklimat pengurusan kewangan efektif kepada kakitangan organisasi samada kerajaan, swasta mahu pun NGO pada kadar yuran yang kompetitif.
(Jika ada sebarang pertanyaan, sila isi borang pertanyaan ini)

admin
Posted in









Assalamualaikum.
Dapat kiranya pihak tuan masukkan kandungan taklimat ke dalam website tuan. Semoga memberi manfaan kepada lebih ramai orang yang tidak dapat hadir. Sekian. Tk.
Assalamualaikum,
Dapat kiranya pihak Tuan memasukkan segala kandungan taklimat ke dalam website ini. Ini akan memberi peluang kepada lebih ramai orang mendapat pendedahan terutama mereka yang tidak dapat hadir sendiri ke pejabat Hijrah. T.Kasih. Wassalam
Hj Mahdzir Md Isa Reply:
October 13th, 2009 at 6:07 am
Wa’alaikumussalam wrth.
Terima kasih di atas cadangan sdr. Di sini saya masukkan antara topik-topik utama yang disentuh dalam taklimat. Di samping itu interaksi dan soal jawab di antara hadirin dengan penceramah juga akan membantu kefahaman secara keseluruhannya.
Salm,
Adakah taklimat ni diberi secara percuma?
mahdzir Reply:
January 26th, 2010 at 3:38 am
Asslamu’alaikum wrt.
Taklimat yang dijalankan oleh pihak Hijrah di Pejabat Hijrah seperti tarikh yang tertera diatas adalah percuma. Jemput datang! Terima kasih
Assalammualaikum,
Saya nak bertanya, tarikh taklimat yang terdekat pada Disember ini Sabtu 19/12/2009 ke?
Saya ingin menghadiri taklimat ini.
Terima kasih.
mahdzir Reply:
January 26th, 2010 at 3:36 am
Wa’alaikumussalam. Tarikh baru untu taklimat adalah seperti tertera di atas. Terima kasih
Assalamualaikum..saya berminta dengan segala program yang diadakan oleh pihak jijrah..tapi malangnya saya berade di Sabah…bilakah..pihak hijrah hendak buat program atau taklimat mengenai pengurusan keawangan di Sabh..saya pasti menyertainya
mahdzir Reply:
January 26th, 2010 at 3:34 am
Wa’alaikumussalam.
Satu program perancangan kewangan Efektif anjuran Success Excellence Center akan diadakan pada 27 Januari 2010 di Imperial Hotel, Kota Kinabalu. Boleh mendaftar hari seminar. Sila hubungi Norliza Shafie ditalian 012-8247372
Salam.Saya merupakan pelajar di sebuah universiti di ibu kota.Saya cukup berminat tentang pengurusan kewangan walaupun sekarang menuntut dalam bidang lain. Adakah pihak Tuan menyediakn pakej untuk pelajar (dengan diskaun) untuk mengikuti seminar yang ditawarkan?
terima kasih