Di samping PKI sepenuh masa, Hijrah juga mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi Perunding Kewangan Islam secara separa masa. Calon yang berminat boleh memilih skop khidmat rundingan serta mewakili mana-mana Instrumen/produk kewangan Islam seperti berikut:
1. Perundingan Perlindungan Takaful
2. Perundingan Pelaburan Unit Amanah
3. Perundingan Harta dan Warisan
Setiap calon perlu menduduki peperiksaan berkaitan sebelum dikontrakkan sebagai wakil yang sah. Peperiksaan yang perlu diduduki dan yuran berkenaan adalah:
1. Takaful Basic Examination (TBE) ; Yuran keseluruhan RM111.00
2. Computerised Unit Trust Examination (CUTE); Yuran RM250.00
3. Islamic Estate Planner Training & Examination; Yuran RM420.00
Taklimat pengambilan PKI separa masa diadakan pada:
Hari : Sabtu
Tarikh : 13 Februari 2010, 6 Mac 2010, 3 April 2010
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Pejabat Hijrah Ampang
Sila hubungi pejabat Hijrah atau mana-mana Perunding Hijrah untuk daftar kehadiran. Bawa bersama salinan dokumen berikut bagi memudahkan urusan:
1. Satu salian Kad Pengenalan
2. Satu salinan sijil akademik ( minima SPM dengan 5 Lulus)
3. Salinan Buku Bank untuk tujuan komisyen (MBB untuk Takaful Ikhlas, Public Bank untuk Pub Mutual)
4. Gambar saiz passport (3 keping untuk takaful Ikhlas, 6 keping untuk Public Mutual)
(Jika ada sebarang pertanyaan mengenai PKI, sila isi borang pertanyaan ini.

mahdzir
Posted in









salam..exam tu kne ambil semua ke? kalau ambil berperingkat-peringkat boleh?
Salam,
Saya berminat untuk menjadi PKI secara separuh masa. Saya bekerja dan berkelulusan perakaunan professional. Apakah persediaan untuk menghadiri taklimat ini?
Terima kasih.
Rozaina Jamaludin (019-2345487)
saya ingin menjadi salah seorang wakil takaful tetapi masih membuat pilihan yang terbaik antara prudential takaful BSN dengan takaful ikhlas. antara kelebihan yang menarik hati saya adalah mengenai kad perubatan yang ada dalam prudential takaful BSN kerana ianya secara automatik ada dalam produk takaful tersebut. saya tahu takaful ikhlas juga ada kad perubatan tetapi perlu di bayar secara berasingan dan sumbangan yang di bayar adalah hangus. Cuma saya khuatir sumbangan yang dibayar tidak berlandaskan syariah. Apa pendapan tuan berkenaan hal ini?
Salam,
Saya berminat untuk memohon. Bagaimana cara dan syarat yang perlu. Saya skrg sedang bekerja swasta. Terima kasih
saya ingin memohon menjadi perunding kewangan separuh masa…bagaimanakah caranya
terima kasih
HP : 0174380776
assalamualaikum wbt..
ini yang dinanti2kan. saya banyak info dapat dari buku hajah rohani KE MANA WANG ANDA. tengah bersemangat, tp nak merealisasikannya masih belum mampu.
ada tak cawangan di sabah sarawak sebagai tempat mengambil peperiksaan untuk perundingan unit amanah?
terima kasih
salam.sebelum menduduki peperiksaan ini ada kelas/tutorial disediakan tak?
assalamualaikum..
1. saya nk bertanya taklimat di adakan di ibu pejabat shj ke? di ampang atau shah alam??
2. saya amat berminat untuk menjadi PKI, memandangkan sy berkhidmat dlm Kerajaan saya ingin mengambil scra separa masa.. sila bantu saya untuk jadi PKI yang berjaya..
salam tuan..saya sudah ada lesen tbe dari takaful ikhlas,cute dari public mutual dan telah lulus ifp module 1.module 2 hingga 6 belum ambil lg.semuanya saya buat secara part time.boleh ke saya menyertai program ini?
017-3789949
Salam.Tn Hj, I’m really interested to join Islamic Financial Planner as a part timer..How can I do appoinment with you regarding my wish?For your infomation, I am UNITEN student, who attending your workshop on financial planning effective.Please do not hesitate to cantact me anytime.I hope can hear from you soon.Thank you.
saya dah sedia asal menjadi ejen takaful, kalu berminat jadi ejen amanah je boleh tak?
saya berminat jadi ejen amanh, kerana dah lama jadi ejen takaful