Ramai yang bertanya tentang hukum ASB dan ASN setelah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengeluarkan fatwa harus. Berlaku perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan Majlis Syari’ah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di mana Majlis Syari’ah Suruhanjaya Sekuriti memutuskan bahawa ASB dan ASN adalah tidak mematuhi garispanduan Amanah Saham Islam. Untuk maklumat lanjut sila layari www.zaharuddin.net
(Jika ada sebarang pertanyaan, sila isi borang pertanyaan ini)

mahdzir
Posted in









Salam.
cuma nak kepastian BOLEH atau TIDAK?
sebagai orang awam kami tidak punyai kemahiran untuk menilai secara tepat.
kami memerlukan nasihat orang yang lebih arif dalam bidang tersebut..
maka bantuan dan nasihat amatlah diperlukan.
mahdzir Reply:
August 21st, 2009 at 1:43 am
Assalamu’alaikum wrth.
Seperti yang saudara sedia maklum ada 2 pandangan Harus (Majlis fatwa Kebangsaan)dan tidak mematuhi garis panduan amanah saham Islam (suruhanjaya sekuriti). Sebagai panduan kita melihat kepada portfolio pelaburan atau dalam erti kata lain dimana wang itu dilaburkan. Adakah saham-saham yang di beli patuh syariah atau tidak. Sekiranya terdapat unsur riba, judi, arak, babi, maksiat dan gharar maka saham tersebut tidak patuh syariah. Mengikut lapuran tahunan terdapat portfolio saham yang tak patuh syariah seperti perbankan riba dsb. Ada pilihan amanah saham lain dalam pasaran yang patuh syariah sepenuhnya.
Sekian.
Assalamualaikum,
Boleh tak bagi contoh amanah saham yg patuh syariah
Wa’alaikumussalam.
Terdapat banyak amanah saham patuh syari’ah yang diurus ole Pengurus Dana Swasta. Sebagai contoh terdapat 18 dana patuh syari’ah yang diurus oleh Public Mutual Berhad antaranya Dana Ittikal, Public Islamic Dividend Fund, Public Islamic Equity Fund, Public Islamic Opportunity Fund, dsb.
salam..saya tiada KWSP kerana berniaga sendiri.. bagaimana saya hendak dapat pencen bulanan rm3 ribu pada umur saya 55 tahun. Berapa yg patut saya simpan setiap bulan dari sekarang. Jika bayaran sekali gus , berapa jumlahnya? Umur saya ketika ini ialah 30 tahun.
adakah Majlis Syari’ah Suruhanjaya Sekuriti tak luluskan ASB sebagai halal disebabkan pihak PNB tak melantik panel syariah untuk mengawasi ASB???
jadi selagi PNB tak lantik panel syariah, …
Salam,
saya telah membaca buku ke mana wang anda tulisan hajah rohani, ada menyebut ttg saham amanah, tapi asb dan asn tidak mematuhi syariah sepenuhnya…saya bercadang untuk membuat simpanan/pelaburan tapi masih tak faham apa saham amanah yg boleh dipilih walaupun telah di bg cth…macamana nak tahu saham amanah itu ok@ tidak dari segi operasi dan pulangan/risiko?
assalamualaikum haji,
dalam siri al-kuliyyah di tv3 11/12/09 di mana hjh rohani menjadi salah seorg ahli panel,beliau ada menyebut tentang dana islam yg memberi pulangan melebihi 10%.boleh kah haji mencadankan dana-dana tersebut dan di manakah maklumat ini dapat diperolehi
Assalamualaikum
Ya,saya pun ada menonton rancangan tersebut dan saya juga ingin mendapatkan maklumat berkenaan dana islam yang memberi pulangan melebehi 10% itu. Boleh bantu saya mengenai dana tersebut dan bagaimana kah caranya.
Terima kasih
Assalamualaikum hj..
saya masih lg keliru berkenaan hukum asb..saya mintak hj beri kata putus samada boleh atau tidak..kalau ada unsur2 yang haram..lebih baik haramkan terus..terima kasih